Apakah saya tidak layak pakai niqab?
Apakah saya tidak layak untuk berubah?
Kenapa mereka hina saya?
Kenapa mereka bilang saya tidak layak?
Adakah saya perlu buang niqab yang sudah saya pakai ini?
Allahuuuu. Sedihnyaa. Saya dapat banyak soalan dari sahabat yang baru mau mulai berhijrah. MashaAllah hebat!
Ingat, ujian yang hebat hanya untuk hamba — Allah yang hebat. Ingat, jalan hijrah tidak dihampar dengan karpet merah. Tidak ditabur dengan bunga dan bau harum.
Tapi apa yang kamu akan temu hanyalah duri tajam. Batu tajam yang akan melukakan diri mu. Tiap kali kamu melangkah, kamu pasti akan terkena duri-duri itu. Sehingga badan mu dipenuhi dengan darah. Dipenuhi dengan cobaan. Cobaan yang akan membuat kamu ingat dan belajar.
Itulah pelajaran paling mahal untuk kamu. Menjadi seorang hamba — Allah yang sabar, redha dan ikhlas dengan setiap cabaran ujian — Nya sepanjang kamu melalui jalan hijrah.
Teruskan berjalan sahabat ku, teruskan perjalanan kamu. Jalan di depan masih panjang. Jangan lihat ke belakang lagi. Biarkan yang lalu meninggalkan mu.
Gapailah harapan yang menantimu di hadapan. Harapan yang akan membawa kamu ke dunia baru. Harapan yang membawa kamu pada pengalaman yang baru. Dimana kamu sendiri akan rasa bahagia. Gembira.
Harapan yang akan mendekatkan kamu kepada Pencipta mu. Teruskan melangkah. Kerana Allah, demi Allah.
#Lala
Tidak ada komentar:
Posting Komentar